TIADA DISKRIMINASI

Ahli AKRAB mestilah menghormati kepelbagaian individu dan tidak mendiskrisminasi rakan yang dibimbing atas sebab-sebab seperti umur, warna kulit, ketidakupayaan, budaya, etnik, jantina, bangsa, orientasi seks, status perkahwinan atau status ekonomi.


MAKLUMAN KEPADA RAKAN YANG DIBIMBING

Ahli AKRAB mesti memaklumkan kepada rakan yang dibimbing dengan memberikan maklumat secukupnya berhubung proses dan perhubungan menolong.


PERHUBUNGAN PERIBADI

Ahli AKRAB mesti berusaha untuk mengelakkan perhubungan mesra yang berlebihan dengan rakan yang dibimbing sehingga boleh melemahkan pertimbangan profesional dan meningkatkan risiko atau menjejaskan imej kepada rakan yang dibimbing.


TIDAK DIBENARKAN HUBUNGAN INTIM

Ahli AKRAB tidak boleh terlibat di dalam sebarang jenis perhubungan intim dengan rakan yang dibimbing.


TIDAK DIBENARKAN HUBUNGAN DI LUAR

Ahli AKRAB tidak boleh terlibat dalam perhubungan mesra di luar bidang tugas dengan individu (rakan yang dibimbing) di bawah penyeliaan, penilaian dan kawalan mereka.


KERAHSIAAN

Ahli AKRAB perlulah menyimpan semua maklumat yang berkaitan dengan sesi bimbingan kecuali pendedahan untuk kebaikan rakan yang dibimbing dan keperluan perkhidmatan.


KETIDAKUPAYAAN PROFESIONAL

Ahli AKRAB mesti mengelakkan diri daripada memberikan perkhidmatan apabila beliau mengalami masalah peribadi atau konflik yang boleh merosakkan rakan yang dibimbing.


MERUJUK KEPADA PEGAWAI PSIKOLOGI

Ahli AKRAB perlu menyedari keupayaan dan kemampuan dirinya untuk membimbing rakannya. Mereka harus membuat rujukan kepada orang lain terutamanya Pegawai Psikologi.