Menyahut hasrat kerajaan bagi pemantapan proses kerja dan pengurangan perkhidmatan kaunter, e-SPK dibangunkan sebagai projek bagi peningkatan perkhidmatan dalam talian selaras dengan Perkhidmatan End-to-End (E2E). Diharapkan perkhidmatan psikologi kaunseling secara dalam talian dapat dipercepatkan dan bilangan warga KPKT mendapatkan perkhidmatan psikologi dan kaunseling di KPKT dapat ditingkatkan.


Cabaran menghadapi isu luar jangka seperti pandemik COVID-19, bencana alam akibat perubahan iklim global dan ketidakstabilan ekonomi telah mencetuskan idea bagi inisiatif penyediaan sistem ini. Tujuan pembangunan e-SPK ini adalah juga untuk memenuhi Pelan Strategik Perkhidmatan Psikologi Sumber Manusia 2021-2025 bagi Teras Strategik 2: Penyampaian Perkhidmatan Menyeluruh dan Berkesan yang menekankan kepada pendigitalan perkhidmatan sejajar dengan arus perubahan industri revolusi 4.0, ledakan teknologi maklumat tanpa sempadan melalui media sosial dan kesiapsiagaan interaksi manusia melalui teknologi.


Justeru, dengan pembangunan sistem ini diharapkan akan dapat memudahkan warga untuk akses perkhidmatan psikologi dan kaunseling secara efisien, cepat dan pantas. Ia juga akan dijadikan sebagai satu usaha pemantauan dan penilaian dalam memastikan kesejahteraan warga dari aspek emosi, psikologi, kognitif dan tingkah laku secara holistik.

Info AKRAB 2023

Psychology Talk KPKT Tahun 2023

 (31 Januari 2023)

Program KPKT Well-Being Day Tahun 2023 (25 Mei 2023)

Kursus Asas Fasilitator AKRAB

 (29-30 Mei 2023)