Apa itu Kaunseling?

Kaunseling merupakan suatu proses menolong yang sistematik untuk membantu isu yang pelanggan kongsikan di dalam pertemuan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi dan kaunseling. Sesi kaunseling dilaksanakan berdasarkan etika kaunseling demi menjaga kebajikan pelanggan dan mencapai matlamat kaunseling yang dipersetujui bersama demi perubahan dari aspek kemajuan dan penyesuaian yang diinginkan.


Objektif Kaunseling


Bagaimana Perkhidmatan Kaunseling Membantu Anda Sebagai Pelanggan?

Kaunseling membantu ke arah kesejahteraan individu melalui pendidikan, pencegahan, pemulihan dan intervensi. 


Kaunseling membimbing individu yang berminat untuk meneroka dirinya yang menyumbang kepada isu yang sedang dihadapi. Penerimaan (acceptance) dan perakuan wujudnya peranan diri (acknowledgement) terhadap isu yang sedang dihadapi adalah penting dalam menghasilkan perubahan yang diinginkan. 


Melalui kaunseling, perasaan menekan yang dialami akan dapat dirungkaikan sedikit demi sedikit. Sepanjang perkhidmatan ini dilaksanakan, kaunselor memainkan peranan dalam membimbing individu melalui penerokaan isu yang dikupas dalam sesi kaunseling disamping merangka tindakan ke arah penyelesaian masalah bersama-sama dengan pelanggan.