Soalan Lazim


Kaunseling merupakan satu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh oleh Pegawai Psikologi yang profesional bagi menghasilkan perubahan perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh secara sukarela berlandaskan etika kaunseling.


Ya, anda akan dibantu oleh Pegawai Psikologi dan Penolong Pegawai Psikologi yang mempunyai latar belakang pendidikan Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana dari Universiti yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pegawai-pegawai ini kemudian telah dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk melaksanakan perkhidmatan kaunseling dan bimbingan psikologi.


Setiap sesi kaunseling/bimbingan yang dilaksanakan mengambil masa 45 sehingga 60 minit. Sesi kaunseling boleh dilaksanakan  secara bersemuka, telefon, dan dalam talian menggunakan medium seperti Google Meet. Sesi kaunseling/ bimbingan ini boleh dijalankan beberapa kali atau SATU KALI sahaja mengikut keperluan dan kehendak pelanggan. 


Semua maklumat dan perbincangan bersama klien adalah "RAHSIA"  dan tertakluk di bawah Kod Etika Lembaga Kaunselor Malaysia. Sekiranya terdapat keperluan untuk merujuk kepada pihak-pihak berkenaan, perbincangan dan kebenaran daripada klien akan diperoleh terlebih dahulu kecuali bagi kes yang dirujuk.


Ya, anda boleh menghubungi Pegawai Psikologi secara langsung untuk urusan temu janji sepanjang waktu pejabat (Isnin-Jumaat).