AMANAH
Sentiasa bersifat amanah bagi menjaga rahsia dan maruah rakan yang dibimbing serta menjaga tahap profesionalisme dalam melaksanakan tugas serta menjaga kelangsungan perkhidmatan yang diberikan.
KOMITMEN
Sentiasa memberikan komitmen yang jitu dan usaha yang bersungguh-sungguh bagi memastikan peranan sebagai ahli AKRAB mampu dilaksanakan.
RASIONAL
Sentiasa rasional dalam menjalankan tugas sebagai ahli AKRAB kerana perlu menerima rakan yang dibimbing seadanya walaupun ia berbeza.
AKHLAK
Sentiasa menjaga penampilan diri dan berakhlak mulia boleh menimbulkan rasa percaya orang lain terhadap diri ahli AKRAB dan perkhidmatan yang diberikan.
BESTARI
Seseorang ahli AKRAB perlu memiliki ciri kecerdasan, berpengetahuan dan mempunyai budi pekerti yang mulia.