PENDAHULUAN

Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) telah mula diwujudkan sejak tahun 2005 iaitu selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia, Ceraian P.O.3.1.1 Panduan Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam. AKRAB merupakan salah satu program di dalam Aplikasi Psikologi Dalam Intervensi di bawah Program Pengupayaan Kendiri (PPK) yang merangkumi penilaian, pembangunan, khidmat bimbingan, khidmat nasihat, sokongan dan penambahbaikan kepada diri pegawai.

 

Konsep AKRAB di Kementerian adalah rakan membantu rakan berdasarkan asas kaunseling dan kemahiran membimbing melalui perkongsian pengetahuan dan nilai-nilai murni pada diri ahli AKRAB. AKRAB Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan telah ditubuhkan pada tahun 2008 telah melaksanakan pelbagai inisiatif berbentuk program outreach kepada Warga KPKT seperti AKRAB Prihatin, Corporate Social Responsibility (CSR) dan sebagainya.